LAPORAN
MAJLIS PERLANTIKAN AHLIJAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN DAN ROHANI SESI 2013/2014
Hari,
Tanggal : Ahad, 28 April 2013
Waktu : 2030-1300 WIB
Tempat :
Aula Fakultas Usuluddin
Majlis
Perlantikan Ahlijawatankuasa BADAR sesi 2013/2014 diadakan bertujuan bagi
melantik barisan kepimpinan BADAR yang baru bagi sesi 2013/2014. Selain itu,
majlis ini juga bertujuan memperkenalkan AJK BADAR ke semua ahli PKPMI-CM.
Majlis ini dihadiri oleh 30 orang ahli BADAR termasuk barisan Badan Penasihat,
Majlis Tertinggi dan barisan AJK baru
yang dilantik. Turut hadir adalah Badan
Penasihat BADAR PKPMI-CM saudara Ahmad Aizatnur B.Zakaria dan saudara Muhammad
Faiz B.Hashim. Perjalanan program adalah
seperti berikut:
8.30 a.m. : Sesi pendaftaran dan pengagihan sarapan.
9.00 a.m. : Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci
Al-Quran
9.30
a.m. :
Tazkirah tentang Fiqh pioritas (Fiqh Aulawiyat) disampaikan oleh ustaz
muhamad Mujahid bin
10.00 a.m. :Teknik pengurusan syura disampaikan oleh
ustaz Ahmad Aizat Bin
Zakari, Syura peringkat
Lajnah membincangkan aktiviti-aktiviti yang
bakal dilaksanakan sepanjang sesi 2013/2014 dan Pembentangan
hasil perbincangan
11.15 a.m. : Penerangan gerak kerja bagi setiap
secretariat
11.30 a.m.
: Majlis
watikah pelantikan AJK BADAR sesi 2013/2014 disempurnakan
oleh Muhammad
Faiz B.Hashim dan Ahmad Aizatnur B. Zakaria
12.00 p.m.
: Iqrar dibuat keatas setiap AJK
baru yang diketuai oleh saudara
Mohamad
Zulkarnaim B.Mohamad dan majlis penutup dengan bacaan doa oleh saudara Mohammad Khairuzzaman B.Rosdi
1.00 p.m. : Bersurai
Secara
keseluruhan, program tersebut berjalan lancar dan terima kasih diucapkan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
(Aiesah
Binti Samsuddin)
Setiausaha BADAR PKPMI-CM 2013/2014